Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Pengenalan Kursus

Home

Latest Promotion | Pengenalan Kursus | Working Paper MBKPPI | Yuran-Masa-Tarikh | Tentatif Kursus | Kemudahan | Penceramah | Disiplin | Sijil Kursus | Reservation Form | Registration Form | FAQ | Galleria

PENGENALAN

Kursus Perkahwinan merupakan kursus wajib kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam yang ingin mendirikan rumahtangga. Ia dijalankan mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPPI). Hakciptanya terpelihara di atas nama Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). MBKPPI telah mula diperkenalkan pada tahun 1997 dan diperkemaskinikan dari masa ke semasa.

 

PENGANJUR

MBKPPI adalah piawai rujukan dan panduan kepada Jabatan Agama Islam Negeri dan syarikat/ penganjur yang melaksanakan Kursus Perkahwinan di negeri-negeri tanpa sebarang pindaan.

Di antara pusat penganjur sekitar Wilayah Persekutuan yang bertauliah dan diiktiraf oleh JAWI-JAKIM-JPM  ialah Pusat Kad & Kursus Kahwin (E Tijarah Ent.), Semua House

 

PEMUDAHCARA

Pemudahcara atau penceramah yang akan berkongsi tajuk dengan peserta terdiri daripada pelbagai latarbelakang akademik dan pengalaman kerja. Mereka hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang-bidang yang berkenaan dan bertauliah daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri. Di Semua House, pemudahcara  atau penceramah yang dipilih adalah dari institusi JAWI, JAKIM, Kementerian Kesihatan, IPTA, IPTS dan lain-lain.

Berkahwin itu Sunnahku...