Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Perkahwinan & Prosedur

Home

Latest Promotion | Pengenalan Kursus | Working Paper MBKPPI | Yuran-Masa-Tarikh | Tentatif Kursus | Kemudahan | Penceramah | Disiplin | Sijil Kursus | Reservation Form | Registration Form | FAQ | Galleria

PERKAHWINAN DAN PROSEDUR

            Pengetahuan berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan Islam merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap individu sebelum memasuki alam perkahwinan. Ilmu yang berkaitan dengan system kekeluargaan Islam wajib diketahui oleh setiap pasanan suami isteri kerana ia merupakan perkara terpenting bagi mencapai matlamat perkahwinan iaitu kebahagiaan yang berterusan. Islam mempunyai peraturan yang lengkap berkaitan denga perkahwinan dan kekeluargaan. Setiap individu yang berkahwin perlu mengikuti peraturan tersebut bagi memastikan rumahtangga yang dibina rukun dan damai serta sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

 

Persediaan Sebelum Berkahwin

        Ilmu fardhu ain dan kifayah

        Fizikal / mental / spiritual

        Ekonomi

        Sosial (kemasyarakatan)

 

Kriteria Calon Isteri

        Berharta

        Keturunan yang baik

        Rupa paras yang cantik

        Menghayati agama dan mengutamakannya

 

Kriteria Calon Suami

        Menghayati agama

        Mampu memimpin keluarga

        Memiliki akhlak Mulia

        Berharta, keturunan yang baik dan segak

 

Larangan Semasa Bertunang

        Dilarang berdua-duaan

        Dilarang menghampiri atau muqaddimah zina (pergaulan bebas)

        Diharamkan hubungan kelamin sebelum aqad nikah yang sah

 

Perkahwinan Dalam Islam

Dari segi bahasa:

- Himpun , kumpul dan cantum

Dari segi Istilah:

- Akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang diharuskan  

   berkahwin

 

Matlamat Perkahwinan

            Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat rahmat serta keredhaan Allah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syara

 

Hikmah Perkahwinan

        Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram

        Memelihara kesucian keturunan

        Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat

        Menghubungkan silatulrahim

 

Hukum Perkahwinan

        Harus

        Sunat

        Wajib

        Makruh

        Haram

 

Rukun Perkahwinan

  1. Calon suami pengantin lelaki
  2. Calon isteri pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Sighah ( Ijab dan Qabul)

 

Susunan Wali

  1. Bapa, datuk dan seterusnya ke atas
  2. Saudara lelaki seibu-sebapa
  3. Saudara lelaki sebapa
  4. Anak lelaki dari saudara lelaki seibu-sebapa
  5. Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
  6. Saudara lelaki ayah seibu-sebapa (bapa saudara)
  7. Saudara lelaki ayah sebapa (bapa saudara)
  8. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah seibu-sebapa
  9. Anak lelaki dari saudara lelaki ayah sebapa dan seterusnya sampai ke bawah
  10. Wali hakim

 

Hak dan Tanggungjawab Suami

    • Nafkah
    • Mendidik dan menyuruh isteri melakukan perkara makruf dan meninggalkan perkara mungkar
    • Adil
    • Melayani istyeri dengan makruf
    • Memberi perlindungan / keselamatan

 

 

Nafkah

        Makanan halal dan baik

        Pakaian bersih yang menutup aurat

        Tempat tinggal yang selesa

        Perubatan

 

 

Hak dan Tanggungjawab Isteri

        Tunaikan hak Allah

        Taat suruhan suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan Syara

        Melayan suami dengan maruf (baik)

        Hias diri

        Memelihara kehormatan diri dan harta suami

 

Hak dan Tanggunggungjawab Bersama

        Kasih saying

        Bekerjasama

        Amanah

        Istimtadan hubungan kelamin

        Menghormati pasangan dan persemendaan

        Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga

        Perbincangan / mesyuarat

        Mendidik anak-anak

        Urus rumahtangga

        Hak pesaka mempesakai

        Sabit nasab anak kepada kedua ibubapa

        Menjaga maruah isteri

 

Prosedur Pra Perkahwinan

        Tiada halangan perkahwinan

        Perjanjian untuk berkahwin (bertunang)

        Mematuhi Akta / Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri

        Hadir kursus pra perkahwinan sijil kursus diakui oleh Jabatan Agama Islam (sah laku untuk selama-lamanya)

        Mengisi boring permohonan kebenaran berkahwin (yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam berkenaan)

 

Pihak-pihak Yang Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Perkahwinan

            Yang Dipertuan Agong / Sultan Melantik:

        Hakim Syarie di Mahkamah Syariah

        Ketua Pendaftar Nikah-Cerai dan Rujuk

        Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah. Bidangkuasa meneliti / mengesah, melulus dan mendaftarkan NikahCerai-Rujuk

 

Permohonan Kebenaran Berkahwin Pasangan Dari Kariah / Daerah Yang Sama

        Borang permohonan kebenaran kahwin boleh diperolehi dari Pejabat Agama Daerah yang berdekatan

        Melampirkan dokumen yang berkaitan

        Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Ketua Pendaftar / Pendaftar Nikah Mukim, Kariah

 

Permohonan Kebenaran Berkahwin Pasangan Dari Kariah / Daerah  / Negeri Yang Berlainan

        Dapatkan borang permohonan kahwin dari negerinya

        Melampirkan dokumen yang berkaitan

        Mengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar / pendaftar Negerinya

        Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada Ketua Pendaftar / pendaftar negeri tempat berkahwin

        Isi borang permohonan kahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak dilangsungkan (jika perlu)

 

Lampirkan Dokumen Yang Berkenaan Sahaja

        Perakuan daripada Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk negeri yang berkaitan

        Salinan kad pengenalan pemohon, wali dan saksi

        Surat status bujang / dara surat pengesahan majikan

        Surat perakuan cerai

        Surat daftar kematian

        Sijil kursus pra perkahwinan

        Surat perakuan masuk islam

        Surat kedutaan berkenaan bagi warga asing

        Surat akuan sumpah

        Surat kebenaran daripada imigresen

 

Lampirkan Dokumen Yang Berkaitan Sahaja

        Surat kebenaran berkahwin dibawah umur, bagi lelaki 18 tahun, perempuan 16 tahun ke bawah

        Surat kebenaran berkahwin secara poligami

        Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias

 

Perkahwinan yang Perlu Kebenaran Mahkamah

        Poligami

        Kahwin bawah umur

        Menggunakan Wali Hakim

        Janda berhias

 

Perkahwinan yang Memerlukan Wali Hakim

        Tidak mempunyai wali nasab

        Wali akrab menunaikan haji atau umrah

        Wali akrab sengaja enggan

        Anak tidak sah taraf

        Saudara baru tiada wali nasab

        Wali berjauhan dari wanita kadar 2 marhalah atau 96 kilometer

        Wali ghaib (hilang) tidak dapat dikesan

        Wali akrab berkahwin dengan pemohon (wanita) yang tiada wali setaraf

 

Pendaftaran Perkahwinan

        Surat kebenaran berkahwin

        Isi borang pendaftaran berkahwin

        Upacara akad nikah

        Bacaan taklik oleh pengantin lelaki

        Bayaran (fee)

        Surat perakuan berkahwin dan kad nikah dikeluarkan dalam tempoh sebulan

 

Pendaftaran Rujuk

        Rujuk dalam iddah

        Lafaz rujuk oleh suami

        Lapor dan isi boring perakuan  rujuk di Pejabat Pendaftar Nikah , Cerai dan Rujuk

        Bayaran (fee)

        Surat perakuan rujuk dikeluarkan selepas keputusan cerai didaftarkan

 

Kesalahan / Penalti

        Perkahwinan tanpa kebenaran

        Memberi kenyataan palsu

        Perkahwinan poligami tanpa kebenaran

        Rujuk tanpa persetujuan isteri

        Tidak mendaftar rujuk

        Tidak mendaftarkan perkahwinan luar Negara

Kembali