Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Pengurusan Talak

Home

Latest Promotion | Pengenalan Kursus | Working Paper MBKPPI | Yuran-Masa-Tarikh | Tentatif Kursus | Kemudahan | Penceramah | Disiplin | Sijil Kursus | Reservation Form | Registration Form | FAQ | Galleria

PENGURUSAN TALAQ / FASAKH DAN PROSEDUR PERCERAIAN

 

Pengertian Talak ( Perceraian )

        Dari segi bahasa:

- melepaskan ikatan perkahwinan

        Dari segi istilah:

- melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai , talak  

   atau seumpamanya oleh suami kepada isteri.

 

Lafaz Talak

1.      Kinayah

-    Lafaz yang boleh jadi bermaksud talaq dan lain daripadanya, talaq   

      tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai

Cthnya: Kamu baliklah ke rumah ibubapa kamu atau Saya bebaskan kamu.

2.      Sarih (nyata)

-     Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya

       jatuh walaupun tanpa niat.

Cthnya: Saya ceraikan kamu. Atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3.

3.      Taklik

-     Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara

Cthnya : - Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq

         - Apabila kamu balik ke rumah ibubapa kamu maka jatuhlah

             talak.

   - Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu.

4.      Talaq Khulu

-    Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan isteri.

-    Cthnya: Saya ceraikan awak dengan RM1000.00 ringgit.

 

Langkah-Langkah Mengelakkan Penceraian

        Menghayati tuntutan Agama ( ibadat ) dan musyawarah

        Amalkan sifat-sifat terpuji

        Memahami emosi pasangan

        Tunaikan hak dan tanggungjawab pasangan

        Mengamalkan sikap saling bermaafan

        Memberi perhatian dan penghargaan

        Mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang memutuskan perkahwinan

        Mengamalkan komunikasi  berkesan

        Memberi keutamaan kepada pasangan dan keluarga

        Mewujudkan mawaddah dan rahmah

 

Fasakh

            Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa (hakim) Mahkamah

 

Sebab-Sebab Yang Membolehkan fasakh

        Suami menghilangkan diri selama tempoh 1 tahun atau lebih

        Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti Aids

        Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan ( * Rujuk Enakmen negeri-negeri berkaitan )

        Suami mati pucuk

        Murtad

        Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama 1 tahun

        Suami dipenjarakan selama 3 tahun

        Suami menganiaya / menzalimi isteri

        Suami berperangai keji

        Memaksa isteri hidup secara lucah

        Membuat kehidupan isteri menderita

        Melupuskan harta isteri / menghalang isteri mengurus hartanya

        Tidak melayan isteri dengan adil

        Menghalang isteri melakukan perintah Agama

 

Implikasi Fasakh

        Tidak mengurangkan bilangan talak

        Pasangan tidak boleh rujuk (kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun isteri masih dalam iddah)

        Isteri wajib beriddah

        Berhak mendapat tempat tinggal dalam masa iddah

 

Lian

        Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya

 

Kaedah Lian

        Pengurusan Lian di dalam Mahkamah (Hakim)

        Menggunakan lafaz sumpah

        Pengakuan bercakap benar

        Tuduhan diulang sebanyak 4 kali dan sekali sumpah

        Melaknat diri sendiri jika tuduhan dusta

        Isteri boleh bersumpah menafikan tuduhan sebanyak 4 kali

        Kemurkaan Allah keatas isteri jika tuduhan suami benar pada kali yang ke 5

 

Implikasi Lian

        Suami gugur had qazaf (tidak dikenakan hokum 80 kali sebatan atas tuduhan tersebut)

        Wajib had zina (rejam) ke atas isteri jika isteri tidak bersumpah

        Pasangan bercerai selama-lamanya

        Tidak boleh nasab anak kepada suami

        Anak dinasabkan kepada ibu

 

Ila

        Sumpah seorang suami untuk tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya dalam masa melebihi 4 bulan dan hukumnya haram

 

Lafaz Ila

        Lafaz kinayah - Lafaz yang tidak menunjukan Ila kecuali dengan niat

     Saya tidak akan sentuh kamu selama 4 bulan

        Lafaz sarih      Lafaz yang terang dan jelas

      Cth lafaz sarih: Demi Allah saya tidak akan \bersetubuh  

                                                                       dengan kamu selama lebih dari 4 bulan

 

Kaffarah Ila

            (Mengikut tertib berdasarkan surah Al-Maidah : 89)

        Memberi makan kepada 10 orang miskin, atau

        Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau memerdekakan seorang hamba muslim atau berpuasa 3 hari

 

Zihar

        Lafaz suami menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita mahram muabbad kepada suami

     

 

Kaffarah Zihar

        Mengikut tertibnya:

-         Memerdekakan seorang hamba muslim

-         Berpuasa dua bulan berturut-turut

-         Memberi makanan 60 orang miskin (secupak seorang)

 

Implikasi Penceraian / Pembubaran Perkahwinan

        Berkabung

        Iddah

o       Tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang lain

o       Jenis-jenis Iddah  dan tempohnya

         Keadaan isteri

        Masih mempunyai haid

        Telah putus haid / belum pernah haid

        Sedang hamil

        Kematian suami

         Tempoh iddah

        3 kali suci

        3 bulan

        melahirkan kandungan / keguguran

        4 bulan 10 hari

        Rujuk

o       Mengembalikan isteri yang ditalaq rajie kepada ikatan perkahwinan dengan lafaz tertentu

o       Hak / nafkah isteri yang diceraikan

         Pembiayaan keperluan hidup untuk bekas isteri oleh bekas isteri suami dalam masa iddah meliputi tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain keperluan hidup

         Nafkah hanya diberikan kepada isteri yang diceraikan dengan talak rajie

         Isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan talak bain

        Mutah

o       Pemberian / saguhati yang diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab ayng munasabah

        Hadhanah

        Nafkah

o       Isteri dlm Iddah

o       Anak

 

Ihdad

            Kewajipan berkabung oleh isteri yang kematian suami

 

Peraturan Ihdad

        Tempoh : 4 bulan 10 hari (wajib atas isteri)

        Tidak boleh memakai perhiasan dan bau-bauan

        Tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan yang diharuskan Syara

        Tidak boleh menerima pinangan

 

Tanggungjawab Terhadap Anak Selepas Perceraian

        Ibu

o       Hadanah

         Penjagaan dan pendidikan anak-anak yang masih dibawah umur

         Anak lelaki 7 tahun ke bawah

         Anak perempuan 9 tahun ke bawah

         Penyusuan selama 2 tahun bagi yang masih menyusu

        Bapa

o       Nafkah

         Pembiayaan keperluan asasi seperti makanan, tempat tiggal, pakaian, kesihatan, pelajaran dan kebajikan

         Upah menyusu anak

 

Prosedur Perceraian

 

Konflik Suami Isteri

        Unit Khidmat Nasihat (keluarga) Jabatan Agama Islam Negeri

o       Berdamai

         Fail Disimpan

o       Bersedia untuk bubar perkahwinan

         Permohonan Cerai Mahkamah

 

Permohonan Cerai Suami / Isteri

 

Laporan Kaunseling Di Jabatan Agama Islam

        Permohonan Mahkamah Daftar Kes

        Perbicaraan

        Tidak Setuju Cerai

o       Lantikan J/Kuasa Pendamai oleh Hakim

o       Perintah Rundingcara J/Kuasa pendamai

o       Perintah Rundingcara J/Kuasa pendamai

o       J/Kuasa pendamai

o       J/Kuasa pendamai sediakan laporan rundingan

o       Mahkamah

o       Damai

o       Keputusan cerai

o       Daftar cerai di Jabatan Agama Islam

o       Surat cerai

        Setuju cerai

o       Keputusan Mahkamah

o       Daftar penceraian di Jabatan Agama Islam

o       Surat Cerai

 

Pengesahan Penceraian

o       Aduan di Jabatan Agama Islam

o       Permohonan Mahkamah (Daftar Kes)

o       Keputusan

o       Tidak sabit perceraian

         Buang kes

o       Sabit perceraian

         Perintah penghakiman

         Daftar penceraian di Jabatan Agama Islam

         Surat cerai

 

 

Permohonan Cerai Taklik

o       Pejabat Agama Islam Daerah

o       Permohonan di Mahkamah

o       Perbicaraan

o       Keputusan

o       Tidak sabit kesalahan taklik

o       Buang kes

o       Sabit permohonan taklik

o       Keputusan Mahkamah

o       Daftar penceraian di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah

o       Surat cerai

 

Mohon Cerai Khulu

o       Pejabat Agama IslamDaerah

o       Permohonan di Mahkamah

o       Dagtar kes

o       Perbicaraan

o       Keputusan

o       Suami tidak lafaz cerai Khulu

         J/K Pendamai (dilantik oleh Hakim)

         Mahkamah

         Keputusan cerai Khulu

         Daftar di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah

         Surat Cerai

o       Suami lafaz cerai Khulu

         Keputusan Mahkamah

         Daftar di Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah

         Surat cerai

 

Permohonan Fasakh

o       Pejabat Agama Islam Daerah

o       Permohonan fasakh suami / isteri

o       Mahkamah Syariah daftar kes

o       Perbicaraan

o       Keputusan

o       Permohonan lulus dan dapatkan kelutusan mahkamah

         Daftar fasakh di pejabat pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah

         Surat Fasakh

o       Permohonan tidak lulus

         Buang kes

 

Daftar Rujuk

o       Dapatkan keputusan cerai terlebih dahulu

o       Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk

o       Lafaz Rujuk

o       Daftar

o       Surat Rujuk

 

Bentuk-Bentuk Kesalahan Dibawah Undang-Undang Keluarga Islam

        Kahwin tanpa kebenaran Pendaftar / Mahkamah

        Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

        Perceraian luar Mahkamah

        Dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah

        Melakukan penganiayaan terhadap isteri

        Rujuk yang tidak didaftarkan

        Bersekedudukan dengan bekas isteri tanpa rujuk

        Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan (murtad)

        Enggan hidup setelah diperintahkan oleh mahkamah

        Isteri ingkar perintah

        Tidak melebihi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

 

Bentuk-Bentuk Kesalahan

        Menghina Mahkamah

        Perceraian yang tidak dilaporkan

        Perkahwinan di luar negeri yang tidak dilaporkan Pejabat Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk