Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Akhlak

Home

Latest Promotion | Pengenalan Kursus | Working Paper MBKPPI | Yuran-Masa-Tarikh | Tentatif Kursus | Kemudahan | Penceramah | Disiplin | Sijil Kursus | Reservation Form | Registration Form | FAQ | Galleria

AKHLAK

Akhlak atau budi pekerti yang mulia merupakan pancaran kepada prinsip ajaran Islam yang sangat dituntut kepada setiap individu muslim. Akhlak yang baik adalah himpunan nilai-nilai dan sifat-sifat yang terpuji pada seseorang. Ia menjadi asas perhubungan manusia yang dapat menjamin keselamatan , keamanan, kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

 

Akhlak yang baik bukan sahaja penting dalam perhubungan antara manusia dengan Allah S.W.T. bahkan bagi hubungan manusia sesama makhluk dan alam persekitarannya. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang dan menetapkan orang yang paling mulia akhlaknya adalah yang paling tinggi darjat keimanannya.

 

Akhlak mulia dan terpuji sangat penting kepada setiap individu muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan. Individu yang mempunyai akhlak yang mulia akan disenangi oleh manusia serta mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Suami isteri yang berakhlak mulia akan dapat menjalin hubungan baik antara mereka berdua serta dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan bahagia.

 

Akhlak Suami

        Bersifat taqwa

        Kasih saying dan belas kasihan

        Bergaul dengan secara baik

        Bertanggungjawab

        Bersifat terbuka dan bertolak ansur

        Mengamalkan kebijaksanaan

        Musyawarah

        Memberikan contoh

        yang baik

 

Akhlak Isteri

        Bersifat taqwa

        Mentaati suami

        Menghias diri untuk suami

        Mencintai dan mengasihi suami

        Memelihara keharmonian diri dan harta suami

        Menjaga rahsia rumahtangga

        Melaksanakan kepimpinan selaku isteri

        Mendapat keizinan suami

 

Perkara-perkara Yang Perlu Dihindari

        Membesarkan masalah yang remeh

        Mengabaikan perasaan pasangan

        Tidak ambil berat hal agama

        Mengabaikan sopan santun

        Manghina pasangan atau keturunan

        Cemburu buta

        Menyakiti hati pasangan

 

Strategi Membina Akhlak Terpuji

 

  • Memahami matlamat kejadian diri
  • Menghayati tuntutan Islam
  • Mempertingkatkan ilmu
  • Menghayati kehidupan berjamaah
  • Mempertingkatkan ibadah
  • Memperbaiki kelemahan
  • Muhasabah diri
  • Menjalinkan kasih sayang