Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Ibadah

Home

Latest Promotion | Pengenalan Kursus | Working Paper MBKPPI | Yuran-Masa-Tarikh | Tentatif Kursus | Kemudahan | Penceramah | Disiplin | Sijil Kursus | Reservation Form | Registration Form | FAQ | Galleria

IBADAH

Ibadah merupakan perhubungan di antara hamba dengan Penciptanya. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T. adalah secara terus menerus tampa memerlukan perantaraan (wasitah). Ia juga merupakan bukti pengakuan orang Islam sebagai hamba Allah. Ibadah sangat penting kepada orang Islam, sebagaimana pentingnya air dalam kehidupan manusia. Dengan melakukan Ibadah boleh memperkukuhkan Iman dalam jiwa seseorang Islam. Oleh itu orang Islam yang kuat imannya akan taat melakukan ibadah. Pelaksanaan ibadah akan membentuk kekuatan rohani dan melindungi mereka daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Selain daripada itu ibadah adalah satu cara bagi mendapat rahmat Allah S.W.T. Setiap orang Islam perlu mengambil berat soal ibadah serta menunaikannya dengan sempurna. Pengabaian ibadah yang wajib akan membawa kesan negative kepada diri dan rumahtangga.

Pengertian Ibadah

Satu pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada Allah S.W.T. menurut cara-cara yang ditentukan oleh Syara.

Pembahagian Ibadah

Ibadah

        Khusus       (Perkara Fardhu)

        Umum        (Perkara Sunat)

Pembahagian Hukum Syara

            Hukum Syara

        Wajib

        Sunat

        Haram

        Makruh

        Harus

Peranan Ibadah

        Menguatkan iman

        Untuk kawalan diri

        Menguatkan rohani

        Mendapat rahmat

        Membentuk akhlaq mulia

Pengertian Dan Hukum Bersuci

  • Membersihkan diri daripada hadas kecil dan besar.
  • Membersihkan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain daripada najis dan kekotoran.
  • Hukum bersuci adalah wajib.

Kelebihan Bersuci

  • Menjadikan badan segar serta sihat
  • Menguatkan rohani dan jasmani
  • Menjauh daripada dihinggapi penyakit, sifat keji dan godaan syaitan
  • Dapat menunaikan ibadah dengan sempurna
  • Mendapat keredaan Allah dan ganjaran pahala

Pembahagian Najis dan Cara Menyucikannya

  • Ringan Lap dan renjiskan
  • Sederhana        Basuh hingga hilang najis (bau, warna dan rasa)
  • Berat                Basuh 7 kali, 1 kali dengan air tanah.

Alat-alat Bersuci

    1. Air mutlak
    2. Debu tanah
    3. Benda yang bersifat tajam ( seperti kertas, tisu, batu , kain, daun / kulit kayu )

Peringatan: Dilarang mengguna makanan dan tulang.

Jenis-jenis Air

  1. Mutlak :

Air yang suci lagi menyucikan ( air telaga, air hujan, air laut, sungai, air embun dan salji)

  1. Mustamal :

Air yang sudah digunakan atau bercampur denga air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas kecil dan besar.

  1. Musyammas :

                  Air yang berjemur di bawah panas matahari di dalam bekas yang berkarat.              

  1. Mutanajjis :

Air yang kurang daripada 2 kolah dan bercampur dengan najis.

Jenis-jenis Bersuci

  • Istinja
  • Wuduk
  • Tayammum
  • Mandi hadas

Bahagian Solah

    1. Fardhu
    2. Sunat

Fungsi Bersuci Kepada Individu

            Antaranya:

        Menghayati tuntutan Islam

        Membersih rohani dan jasmani

        Mendatangkan kesihatan dan kecergasan diri

Fungsi Solah Kepada Individu

            Antaranya:

        Menghayati tuntutan Islam

        Mendapat petunjuk dan rahmat

        Membentuk kawalan diri

        Membentuk keperibadian yang mulia

Peranan Bersuci Dan Solah Kepada Rumahtangga

            Antaranya:

        Membawa rahmat Allah

        Membina kasih saying

        Memperolehi ketenangan

        Menghindarkan dari melakukan maksiat

        Membina disiplin dan akhlak yang mulia

        Menjadikan keluarga sihat dan bahagia

Akibat Mengabaikan Ibadah

        Menjejaskan iman

        Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah

        Keras hati

        Gangguan emosi

        Terdedah kepada maksiat

   Jauh dari rahmat Allah S.W.T.