Make your own free website on Tripod.com
Direktori Perkahwinan2u
Akidah

Home

Latest Promotion | Pengenalan Kursus | Working Paper MBKPPI | Yuran-Masa-Tarikh | Tentatif Kursus | Kemudahan | Penceramah | Disiplin | Sijil Kursus | Reservation Form | Registration Form | FAQ | Galleria

AQIDAH

Aqidah adalah suatu perkara yang amat penting bagi setiap insan. Ia merupakan pegangan atau kepercayaan kepada Allah S.W.T.  Aqidah yang kuat menjadikan seorang muslim itu patuh kepada ajaran Islam. Ia selaras dengan tujuan insan diciptakan oleh Allah S.W.T.

Seorang muslim yang kuat pegangan agama sentiasa mengajak semua ahli keluarga sama-sama menghayati ajaran agama. Dengan menghayati ajaran agam, ia dapat memperkuatkan jiwa dan tidak mudah terpesong dari ajaran Islam. Oleh itu setiap orang Islam mesti memahami dengan mendalam konsep Islam, Iman dan Ihsan, supaya dapat menghayati ajaran Islam dengan sempurna.

 

Islam

Mentauhidkan Allah, tunduk dan patuh kepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 

Iman

Membenarkan dengan hati dan berikrar dangan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 

Ihsan

Melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya.

 

Prinsip-prinsip Asas Islam

Diantaranya:

        Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah

        Manusia adalah Khalifah Allah

        Menjadikan Islam sebagai cara hidup

 

Cara-cara Hidup Islam

        Iltizam dan patuh kepada hukum Islam

        Hubungan baik sesama manusia

        Mengiktiraf hak-hak manusia

        Bersikap sederhana

        Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran

        Bersyukur dan bertawakkal

 

Peranan Aqidah Dalam Kehidupan Manusia

        Panduan dan pegangan hidup

        Pengawal diri

        Membentuk akhlak mulia

        Mendapat rahmat Allah

        Mendatangkan ketenangan jiwa

        Menghindarkan penyelewengan

        Kekuatan diri

 

Peranan Aqidah Dalam Rumahtangga

        Benteng menghadapi masalah

        Membina pergaulan baik suami isteri

        Asas pengurusan keluarga

        Sikap bertanggungjawab

        Semangat berusaha

        Bersyukur dan qanaah (rasa cukup)

 

 

Perkara Yang Membatalkan Aqidah

        Mensyirikkan / menyembah selain daripada Allah

        Mengingkari dan mempersendakan hokum Allah S.W.T

        Mempercayai ada kuasa lain selain daripada Allah boleh memberikan  kesan.

        Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah.

        Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

Kesan Terbatalnya Aqidah

        Terbatal ikatan perkahwinan ( suami isteri)

        Menghilangkan hak mempusakai.

        Menghilangkan hak perwalian.

        Tidak boleh dikebumikan di perkuburan orang Islam.

        Menghilangkan hak keistimewaan orang Islam